Hari yang best

4 min read

Deviation Actions

kingcloud7's avatar
By
Published:
373 Views
Hari ni aku sambung projek electrical aku dekat tempat aku intern. Projek alarm untuk Mechanical Paint Workshop dekat sini. Pasal workshop dorang jauh sampai tak dengar siren rehat, makan dan balik, so diorang request untuk buat satu panel alarm yang ada timer, dengan buzzer, enough for them to know it's time for break la.

Okay, disambungkan cerita, bos suruh aku buat direct connection dari soket, dan bukannya guna plug 13 amp biasa. So, aku pun bukaklah soket tu. Mak aih! Dah ada 3 looping wayar (3 wayar disambung secara selari - untuk 3 soket berbeza). Aku taknak lah buat kerja secara berbahaya - so aku suruh supervisor tutup supply dari distribution box (DB). Tapi SV tu tatau mane DB die, so die cakap tunggu dulu.

Dalam setengah jam aku tunggu, tiba tiba tergerak hati aku cek soket tadi tu. Gunalah testpen aku. Cek. "Wah, takde supply! Bagus bagus!" aku mengomel sendirian. Lalu aku dengan tenang hati, sambunglah wayar earth/ground dulu (apa apa pun wayar earth/ground mesti sambung dulu - nak elak body shot). Ok, siap. Sambung lak wayar neutral (neutral pulak disambungkan - nak bagi complete circuit bila wayar live masuk). Siap. Yatta! Okay, wayar live.

...
...

BZZZZT! Lalu aku dielectrocuted 250 V selama 2 saat. Berpinar mata. Tangan kebas. Sesak nafas seketika.

WTF, Bukan dah tutup ke supply? So aku bukak on switch soket yang sebelah dengan soket tadi tu. Radio pun berbunyi. Errr... guna testpen cek, takde supply pun. Mesti wayar ni body shot.

Tiba-tiba, SV aku datang.
SV: Sudah siap?
Aku: Belum bos. Tapi dah off ke supply?
SV: Belum,
Aku: Ni takde supply," kata aku sambil menunjukkan lampu testpen tak menyala.
SV: Ada orang off kot. Saya tatau la
Aku: ^^;

So, aku sambung balik buat kerja. Sambung balik wayar live.

...
...

BZZZZTT! Yes! Kali kedua kena shot secara berterusan. Masih lagi 2 saat.

SV: :D
Aku: ^^;
SV: ^^;

Kali ni lagi sakit. Dada aku sangat sakit. Panas semacam je, especially dada belah kanan.

Anyway, long story short, another SV came and helped me.

So, aku jalan pergi cari kerja. Dem, dada masih sakit dan panas. Tangan masih kebas. Aku rasa dada belah kanan aku makin pedih. so, aku pun peganglah  - nak tahan sakit.

"Eh, apa merah tangan ni?"

Tengok baju ada kesan darah. Aik? Bila lak luka ni? Serius tak perasan. Selak baju, tengok, wow! Luka sepanjang 6 cm. Nasib darah tak banyak keluar. Dahlah darah tak henti keluar. And I felt a little woozy pasal aku ni anemic. Hilang banyak sel darah merah aku. Haha. So, aku pergilah jumpa doktor. Tu first time bersembang dengan doktor pompuan yang gayanya macam doktor zaman perang dulu. :|

So, aku pun balik workshop. Tiba-tiba, exec aku approach...

Exec: Dah cek cek?
Aku: Cek cek?
Exec: Ha'ah, dah ke belum?
Aku: Cek cek? Cek ape?
Exec: ^^; cek elaun la. Dah boleh ambil dekat finance.
Aku: ^^;

Dan aku pun dapat gaji aku yang tak seberapa. Tapi, syukur. Ada duit beli game, bayar bil dan sebagainya.

Tiba-tiba, aku tergerak hati nak cek account balance. Yeay! Duit scholar masuk. Saya sayang encik Ahmad Petronas. XDDDDDDDDDD

Maka, cukuplah duit saya untuk beli PSP baru. Dan sedikit game PS3.

(Baru balik dari Summit USJ, and the guys there gave me a very nice offer for PSPs and PS3 games. Mereka sayang saya. :manhug: And I got myself Kamen Rider Decade - Climax Heroes video game! Decade FTW!!!!! )

Okay, tidur. Esok mahu kerja.
© 2009 - 2024 kingcloud7
Comments68
Join the community to add your comment. Already a deviant? Log In
affeysshi's avatar
gile???sampai camtu skali luka??
n still nak pergi kerja esok?
awak ni manusia ke robot..
wahh..betul2 superman =D

nway,lain kali hati2 la sket..ish3..